- Kerajaan tangguh atau tidak teruskan projek belum bermula
- sebagai langkah penjimatan perbelanjaan awam
- Menteri Tokpa kata arahan dikeluarkan menerusi Pekeliling Perbendaharaan bertajuk “Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam”.
- “Saya sudah mesyuarat dengan JKR, ICU mengenai projek belum bermula.
- “kalau belum mula, tidak payah buat, yang sudah mula, tangguh atau batal"
- Jumaat lalu Pekeliling Perbendaharaan arah penjimatan, optimumkan belanja
My Comments:
Padahal harga minyak dunia sekarang paling tinggi. Hasil minyak Kerajaan juga mesti sudah melonjak. Habis pasal apa Kerajaan tak ada duit?
Antara sebabnya Kerajaan terpaksa bayar hutang 1MDB berbillion-billion Ringgit tahun ini - bunga dan modalnya sekali (principle plus interest).
Kita perlu lihat semula perbandingan 'Ekonomi Teh Tarik' saya sekali lagi.
GDP ekonomi kita kurang lebih RM1400 Billion.
Kutipan hasil cukai Kerajaan pula kurang lebih RM160 billion. Tidak termasuk dividen dan hasil royalti minyak.
Belanjawan 2022 pula RM332 Billion. Jadi hasil cukai RM160 Billion tak cukup cover Blanjawan RM332 Billion.
Maksudnya baki duit belanja itu Kerajaan terpaksa pinjam. Termasuk daripada EPF - tabung simpanan hari tua kita.
Andaikan saiz ekonomi atau GDP ekonomi kita serupa satu gelas teh tarik.
Jadi GDP RM1400 Billion itu serupa 'isi' teh tarik itu.
Kutipan cukai Kerajaan RM160 Billion itu serupa buih-buih yang terapung di atas.
Dan "buih-buih" RM160 Billion kutipan cukai Kerajaan inilah yang menjadi sumber dana ekonomi Melayu bumiputera dalam negara kita.
Sebab memang confirm hampir 100% ekonomi Melayu bumiputera bergantung kepada perbelanjaan Kerajaan.
Sekarang Tokpa kata semua projek Kerajaan yang belum bermula akan dibatal.
Projek yang sudah mula pula akan ditangguh atau batal juga.
Maksudnya ekonomi Melayu bumiputera akan mampus.
Maksudnya ekonomi korporat Melayu bumiputera akan mampus.
Ramai Dato-Dato dan Tan Sri akan terpaksa jual lelong rumah banglo dan kereta Mercedes mereka. Percayalah ini sudah pun mula berlaku.
Kutipan hasil cukai Kerajaan sebanyak RM160 Billion itu datangnya daripada GDP ekonomi RM1400 yang hampir kesemuanya diusahakan oleh kaum bukan Melayu terutama sekali kaum China.
Jadi kalaulah Kerajaan ingin menambahkan kutipan hasil cukai (untuk membiayai ekonomi Melayu bumiputera - dan kemudian cuba mendapat undi orang Melayu) maka cara yang paling mudah ialah
1. Kerajaan perlu galakkan, sokong, dokong dan membantu ekonomi kaum China dan kaum bukan Melayu yang lain untuk maju dan berkembang. Lagi banyak industri dan bisness yang di usahakan oleh kaum bukan Melayu maka lebih banyaklah hasil kutipan cukai Kerajaan. Lebih banyak lah dana untuk membiayai ekonomi Melayu bumiputera.
2. Jangan menghalang perjalanan ekonomi negara dengan apa cara pun. Jangan menghalang ekonomi dan bisnes kaum bukan Melayu dengan apa cara pun. Kalau Kerajaan menghalang perjalanan ekonomi dengan apa cara pun (kuota perkauman, lesen bumiputera, AP, permit, konsesi, lesen monopoli, cartel monopoli bumiputera dsbnya) maka hasil kutipan cukai Kerajaan akan terjejas.
Buih-buih satu gelas teh tarik itu (yang mewakili kutipan hasil cukai Kerajaan) akan hilang berterbangan.
Kalau kutipan hasil cukai Kerajaan berterbangan macam buih-buih, maka lagi banyak projek kerajaan akan terpaksa di batal.
- Kerajaan tangguh atau tidak teruskan projek belum bermula
- sebagai langkah penjimatan perbelanjaan awam
- Menteri Tokpa kata arahan dikeluarkan menerusi Pekeliling Perbendaharaan
Dato-Dato dan Tan Sri Melayu akan terpaksa jual lelong rumah banglo dan kereta Mercedes mereka.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.