`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 26, 2022

GRS bincang kemasukan parti lain pada Oktober, kata Hajiji

 

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Hajiji Noor berkata permohonan kemasukan parti lain dalam gabungan itu hanya akan dibincangkan pada Oktober. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Permohonan kemasukan parti lain untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan dibincang pada mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu pada Oktober, kata pengerusinya, Hajiji Noor.

Katanya, tiada sebarang perbincangan mengenai keputusan permohonan parti lain yang ingin menyertai GRS dalam mesyuarat, Ahad lalu.

“Dalam mesyuarat lalu, kita tidak membincangkan itu (keputusan penyertaan parti lain dalam GRS), tetapi kita akan bincangkan permohonan itu dalam mesyuarat akan datang.

“Mesyuarat akan datang kemungkinan diadakan pada Oktober, jadi di sana baru kita putuskan,” katanya menurut Sinar Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Hajiji yang juga ketua menteri Sabah, sekali lagi mengulangi pendirian GRS sentiasa terbuka kepada parti yang menerima perjuangan gabungan itu terutama kepada parti tempatan.

“Kita mahu cuba satu padukan mereka dalam satu gabungan iaitu gabungan rakyat Sabah. Jadi, beri ruang kepada kami untuk memikirkan perkara itu dan kita akan buat yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Mengulas berhubung persiapan jentera GRS menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Hajiji berkata, bilik gerakan telah diarahkan untuk diaktifkan.

“Kita telah buat persediaan dan mengarahkan bilik gerakan supaya aktif dan tubuhkan jentera pilihan raya masing-masing di setiap Parlimen. Kita juga akan jelajah seluruh Sabah,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.