`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 6, 2022

Ibu Kepada Empat Anak Di Penjara 14 Bulan Curi Dua Peket Milo

 


 

MARANG:  Seorang suri rumah dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mencuri dua peket Milo bernilai RM73 di sebuah pasar raya di sini pada 25 Mei lalu.

mempunyai empat orang anak sebelum ini mempunyai tiga rekod jenayah mencuri barangan pasar raya pada tahun 2019 dan 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

 – UTUSAN

My comments:

Ini menjadi kali ke-empat wanita ini terlibat mencuri barangan pasaraya. 

Kes seperti ini semakin berlaku dalam negara kita. Dan yang terlibat pun si ibu kepada anak-anak di rumah. Mereka sering mencuri barangan pasaraya untuk diberi makan dan minum kepada anak-anak di rumah. 

Orang lain pun mencuri juga. Mereka bukan curi barangan pasaraya tetapi mereka boleh curi bangunan-bangunan pasaraya sekali. 

Yang bezakan mereka ialah mereka boleh upah loyar dengan yuran RM9 juta.  Semoga ibu kepada empat orang anak itu akan sedar diri bahawa hidup tanpa mencuri jauh lebih baik daripada masuk penjara untuk sehari pun.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.