`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 21, 2022

Idris jamin beri kerjasama agar tiada bakal jemaah haji tertipu lagi

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad itu berkata, kes penipuan bakal jemaah haji baru-baru ini berlaku di luar pengetahuan pihaknya.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad memberi jaminan beliau sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa, Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) bagi memastikan tiada lagi bakal jemaah haji akan tertipu.

Menyatakan simpatinya terhadap ratusan bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal bulan ini, beliau berkata, pihaknya memandang serius kes-kes penipuan seperti ini.

“Kes penipuan (ini), pada saya amat kesal sangat, kerana kes menipu melibatkan orang yang nak pergi Tanah Suci,” katanya.

“Sebab itu, kita akan (beri) kerjasama dalam kes-kes sebegini, sama ada dengan polis, TH atau dengan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan MOTAC. Boleh ambil tindakan undang-undang.”

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) di Dewan Rakyat berhubung perkara ini.

Dalam pada itu, Idris berkata, kes penipuan yang berlaku itu adalah di luar pengetahuan pihaknya.

“Kalau ada dalam pengetahuan kita, kita akan terus hantar surat tunjuk sebab, kenapa buat (tawaran) sedangkan Arab Saudi belum buka berkenaan kuota TH?”

Pada 7 Julai, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di KLIA, dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan yang menawarkan visa furada untuk menunaikan haji.

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

Susulan itu, polis menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kes tersebut, termasuk pemilik agensi terbabit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.