`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, July 24, 2022

Jakim tangguh kemudahan cuti bersalin elaun penuh guru Kafa

 

Januari lalu, Jakim mengumumkan kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh selama 60 hari diberi kepada guru Kafa sekali sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa.

PETALING JAYA: Kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh buat guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang diumumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Januari lalu ditangguhkan.

Menurut Ketua Pengarahnya, Hakimah Mohd Yusoff, keputusan itu sebagai mematuhi saranan dan pandangan Kementerian Kewangan.

“Kementerian berkenaan pada 6 Julai lalu mengeluarkan pandangan bahawa pelaksanaan kemudahan itu tidak sesuai buat masa ini kerana kedudukan status perjawatan guru Kafa.

“Namun, Jakim dalam usaha membuat rayuan kepada Kementerian Kewangan dan sedang menjustifikasi langkah yang dibuat untuk pertimbangan semula pihak berkenaan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata, Jakim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad sudah berbincang dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mohd Shafiq Abdullah berhubung isu kebajikan guru serta penyelia Kafa.

Katanya, pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan dan mencari jalan bagi menjaga kebajikan semua pihak di bawah jabatannya, termasuk guru Kafa.

Jakim sebelum ini mengumumkan kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh selama 60 hari diberi kepada guru Kafa sekali sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa yang sedang berkuat kuasa dan selaras penambahbaikan Peraturan Kafa AFA 2022 yang memasukkan perkara berkaitan cuti bersalin berelaun selama 60 hari. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.