`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, July 11, 2022

Kasut itu kurniaan Sultan Johor, kata Onn Hafiz

 

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata, Sultan Johor turut memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi hari ini menafikan beliau telah membeli sepasang kasut yang berharga puluhan ribu ringgit.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata kasut itu adalah kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan.

“Ini bukan perkara baharu malah Kebawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat,” katanya menerusi hantaran itu.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Terdahulu, beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan isu kasut itu yang dipetik daripada akaun media sosial milik seorang individu mendakwa Onn Hafiz membeli kasut berharga ribuan ringgit sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.