PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengaktifkan Op Bantu Baling serta-merta bagi mengkoordinasi segala bentuk bantuan dan operasi menyelamat mangsa tragedi banjir di Baling, Kedah.
Menterinya, Hamzah Zainudin berkata, Op Baling diketuai ketua polis Kedah turut melibatkan jabatan dan agensi bawah KDN seperti Rela, Jabatan Imigresen (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Jabatan Penjara Malaysia (Pride).
Katanya, seramai 164 pegawai serta anggota polis melibatkan 44 aset kenderaan serta peralatan kecemasan juga digerakkan ke lokasi bencana.
“Jumlah itu termasuk empat buah bot, lori (8), pacuan empat roda (3), van (2) dan motokar (10).
“Sementara itu, seramai 46 anggota Rela juga dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di kawasan yang terlibat dan ditugaskan di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya dalam kenyataan.
Hamzah berkata, laporan terperinci mengenai perkembangan kerja menyelamat dan membantu mangsa banjir akan dipantau secara harian oleh KDN.
“Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berhubung situasi banjir boleh menghubungi Pusat Kawalan Malaysia (MCC) polis di talian 03 2266 3333/03 2266 3444/03 2266 3451 atau talian MERS 999.
“KDN merakamkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi banjir di Baling dan berharap semua pihak tabah menghadapi dugaan yang menimpa,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.