`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 5, 2022

‘Kami terperangkap di rumah, bukan berkelah’, mangsa banjir nafi kenyataan bomba

 

Tangkap layar memaparkan mangsa terperangkap menggunakan tali yang direntangkan untuk meredah arus sungai. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: “Kami bukan berkelah, kami terperangkap dalam rumah”, itu luahan seorang daripada 15 mangsa banjir yang terperangkap di Sungai Kupang dekat Kampung Surau Lata Celak, Baling, Kedah.

Menceritakan perkara sebenar, Namisah Haya, 56, berkata ketika kejadian dia bersama suami, Ishak Saad, 55, terperangkap sejak semalam di rumah mereka di Kem Lata Celak Kampung Iboi.

“Kata kami masuk berkelah itu salah, sebab apa pula kata kami masuk berkelah, sedangkan anak menantu datang tolong…nak tolong mak abah.

“Sebab itu, kami rasa marah bila keluar berita kata kami 15 orang ini pergi berkelah, padahal kami dalam itu terperangkap,” katanya kepada FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Namisah berkata, dia menghubungi bomba sejak semalam supaya datang menyelamatkan mereka, namun dikatakan kawasan itu tidak dapat dimasuki kerana titi yang digunakan untuk menyeberang sungai sudah roboh.

Katanya, disebabkan tiada pihak datang menyelamat, empat anaknya bersama tiga menantu dengan membawa seorang bayi berusia lingkungan tiga bulan, nekad pulang ke rumah hari ini.

Menurutnya, mereka menyeberang sungai menggunakan tali untuk melihat keadaannya dan suami.

Wanita itu berkata, 15 orang termasuk kakaknya, tiga rakan suaminya juga datang meredah sungai menghantar makanan kepada mereka, serta seorang lagi lelaki terkandas ketika mahu pulang dari kebun.

“Kami setengah nyawa la tak makan, elektrik tiada, air pun tiada. Mereka (bomba) tak tahu, minta tolong siapa pun tak boleh nak masuk kata jalan tutup,” katanya.

Namisah berkata, selepas berjaya menyeberangi sungai dan menunggu hingga kira-kira 5 petang, mereka menumpang sebuah kenderaan untuk ke kawasan jalan raya.

“Selepas itu bomba datang ambil kami,” katanya.

Terdahulu, kenyataan bomba menyatakan 15 individu yang dikatakan berkelah terperangkap dalam kejadian banjir di Baling. Mangsa membabitkan lapan lelaki, enam wanita dan seorang kanak-kanak lelaki. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.