`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 13, 2022

Kerajaan rayu keputusan kes terpotong kepala zakar

 

Pada 7 April lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Akhtar Tahir memerintahkan semua defendan membayar mangsa RM3.1 juta selepas membenarkan tuntutan samannya.

PETALING JAYA: Kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM3.1 juta akibat kecuaian kepada seorang pemuda yang sebelum ini terpotong kepala zakar ketika bersunat 12 tahun lalu.

Utusan Malaysia melaporkan, rayuan itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 27 April lalu dan pengurusan kes ditetapkan pada 27 Julai ini secara dalam talian.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Persekutuan, K Saravanan yang mewakili kerajaan Malaysia; pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang; pengarah hospital; doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, selaku defendan ketika dihubungi media.

Pada 7 April lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Akhtar Tahir memerintahkan semua defendan membayar mangsa RM3.1 juta selepas membenarkan tuntutan samannya apabila memutuskan bahawa defendan telah melakukan kecuaian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Mahkamah membenarkan tuntutan ganti rugi khas sebanyak RM108,356, ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000, ganti rugi teladan RM500,000 dan kos RM100,000 dibayar kepada plaintif oleh semua defendan.

Menurut pernyataan tuntutan difailkan sebelum ini, insiden malang tersebut berlaku di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis ketika lelaki itu berusia 10 tahun yang mana keseluruhan kepala zakar mangsa terpotong dan penyambungan semula tidak dilakukan tanpa mengikut prosedur yang betul.

Plaintif mendakwa, anaknya kemudian dibawa ke Hospital Selayang bagi prosedur pembedahan menyambung semula kepala alat sulit dengan penutup getah diletakkan pada kepala zakar.

Selepas masuk hari ke-35, plaintif berkata, beliau terperanjat selepas mendapati kepala alat sulit anaknya tidak ada lagi pada batang zakarnya.

Menurut penghakiman penuh hakim itu, kelewatan Hospital Kuala Lipis, Hospital Selayang dan beberapa pegawai perubatan termasuk doktor pakar mengambil langkah pantas untuk menyelamatkan kepala zakar pemuda itu, 12 tahun lalu telah menyebabkan kesengsaraan kepada mangsa.

“Daripada bertindak untuk menghantar mangsa ke Hospital Selayang dengan cepat, defendan pertama yang merupakan pegawai perubatan di Hospital Kuala Lipis menghabiskan masa dengan melakukan perkara remeh-temeh.

“Keterangan saksi plaintif dan defendan turut menunjukkan bahawa prosedur yang sepatutnya dilakukan ialah bukannya menyambung semula kepala zakar yang terputus tetapi memelihara kepala zakar terbabit. Penyambungan kepala zakar itu hanya boleh dilakukan oleh pakar bedah mikro.

“Hospital Selayang pula walaupun telah dimaklumkan mengenai pemindahan mangsa ke hospital itu, tidak mengambil langkah yang sewajarnya untuk melakukan pembedahan. Keterangan saksi juga menunjukkan terdapat kelewatan dalam melakukan pembedahan. Pembedahan hanya dilakukan lebih 10 jam selepas kejadian malang itu berlaku,” kata hakim itu.

Katanya lagi, ganti rugi dalam bentuk kewangan tidak mampu menampung “kerugian” dialami mangsa namun mahkamah perlu memberikan ganti rugi yang boleh membantu mengurangkan beban mangsa dan keluarga dalam membantunya mendapatkan semula keyakinan untuk bersosial seperti manusia normal lain. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.