`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, July 1, 2022

Kontraktor Bumiputera Kelas F Pula Protes

 Protes makin menjadi.  Sila dengar video ini dulu:

 


 My Comments :

Masalahnya ialah dalam negara kita pelakon-pelakon politik telah tidak membenarkan orang Mlayu / bumiputera menjadi peserta dalam pasaran bebas (open market). 

Sebab pelakon-pelakon, pelawak-pelawak dan badut-badut politik sendiri tidak faham ekonomi, pentingnya persaingan, bisnes dan kewangan. They do not understand.

Contohnya pengerusi jawatankuasa jihad inflasi ke antah apa kata peniaga-peniaga hanya tumpu cari untung (to maximise profits). 

Si pengerusi itu patut dinasihati bahawa ini adalah planet earth atau planet bumi. Atas planet bumi ini itulah kelaziman manusia menceburi bisnes ia itu untuk mencari untung yang paling banyak. 

Belum ada lagi sebarang buku teks, buku business management atau fakulti business management di mana-mana university yang mengajar kita untuk 'mencari untung yang paling sikit' dalam bisnes. There is no such thing.

Jadi tak tahulah dari mana makhluk-makhluk ini belajar teori-teori pelik mereka yang langsung tidak boleh difahami oleh orang yang waras.

Selama lebih 50 tahun negara kita, terutama sekali kaum Melayu bumiputera, telah dipukau dan dicandukan oleh teori-teori ekonomi auta pelawak-pelawak politik ini. Antara teori ekonomi auta yang telah merosakkan ekonomi bumiputera adalah Dasar Ekonomi Baru. 

Dan antara mangsanya ialah golongan Kontraktor Bumiputera Kelas F yang sekarang terpaksa protes di tepi jalan (dalam video itu). 

Kenapa mereka terpaksa protes? Sebab fulus kerajaan makin kurang. Duit sudah habis. Duit sudah yilek. 

Dulu pada zaman Dr Mahathir di mana duit minyak melimpah-limpah senanglah share-share duit dengan ramai orang. Kontraktor Kelas F pun tumpang kongsi rezeki hasil minyak. Tetapi sekarang bilangan penduduk sudah 32 juta orang. Duit minyak dan hasil kerajaan makin tertekan. Jadi bukan senang lah nak kongsi-kongsi rezeki lagi.

Sebenarnya Kontraktor Kelas F mahir dan mempunyai kepakaran dalam kerja-kerja pembinaan. Mereka sepatutnya diberi insentif dari awal lagi untuk bersaing di pasaran terbuka dan tidak bergantung kepada projek kerajaan untuk selamanya. Tetapi dasar ekonomi pelawak-pelawak politik lebih suka jika kaum Melayu terpaksa bergantung kepada mereka untuk cari hidup. 

'Kau orang undi kami, dan kami akan membela nasib kau orang. Jangan risau sangat pasal kontrak. Kerajaan akan bagi kontrak. Kau orang bagi kami undi - itu saja.

Itulah yang telah berlaku sejak 52 tahun yang lalu.

Sekarang the good times have come to an end. 

Sekarang masalah ini sudah jadi lebih besar. Tapi dont worry setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. 

Tetapi sebelum itu ada satu lagi masalah yang jauh lebih besar. 

Masalah yang jauh lebih besar ialah janganlah harapkan pelawak dan badut-badut politik kita untuk faham dan mencari penyelesaian bagi apa-apa masalah pun. They just do not know. 

Kalau kita berbalik kepada pelawak-pelawak yang sama untuk selesaikan problem kita dia lebih mati akal.  Mereka tidak boleh selesaikan masalah kita. Sebab itu negara kita lebih berkecamuk.


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.