PETALING JAYA: Seorang lelaki yang ditahan kerana dipercayai menghina Islam menerusi rakaman audio yang tersebar di media sosial dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Kuala Terengganu Abdul Rahim Md Din, berkata ia susulan tempoh tahanan reman terhadap suspek yang juga seorang duda berusia 59 tahun berakhir, hari ini.
Beliau berkata, suspek sebelum ini ditahan di rumahnya di Chendering kira-kira 1 pagi, pada 20 Jul, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).
“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut.
“Hari ini, suspek yang berdepan pertuduhan penyalahgunaan dadah turut dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan,” katanya menurut Berita Harian.
Katanya, suspek sudah menjelaskan denda sementara menunggu arahan pihak pendakwaan.
Sebelum ini, polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai menghina Islam serta beberapa individu menerusi rakaman audio yang tersebar menerusi media sosial, sejak 18 Jul.
Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa, dilaporkan berkata siasatan awal mendapati rakaman audio itu dilakukan tahun lalu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.