`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 17, 2022

Pelajar puas hati menu lengkap serendah RM3.50, seru sokong peniaga rela tawar harga murah

 

Pengusaha gerai mengambil inisiatif menyediakan pelbagai pilihan makanan pada harga serendah RM3.50.

PETALING JAYA: Pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam mengucapkan terima kasih kepada pengusaha gerai di kampus yang mengambil inisiatif menyediakan menu berkhasiat dan menyelerakan serendah RM3.50 di tengah-tengah kenaikan harga barang serta kos sara hidup.

Tinjauan FMT di kafeteria kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam baru-baru ini mendapati beberapa peniaga mula menyediakan menu makanan serendah RM3.50 untuk sarapan hingga makan malam.

Bagi set sarapan, menu RM3 terdiri daripada nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, kuih-muih, roti telur dan sandwic.

Untuk makan tengah hari dan malam pula, pelajar boleh memilih nasi putih beserta lauk telur dan sayur, lauk ayam atau ikan bersama sayur, selain hidangan udang, kerang dan daging turut disediakan.

Antara hidangan yang disediakan pada harga serendah RM3.50.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Mastura, 47, berkata tanpa mendapat dana tambahan daripada mana-mana pihak, beliau menyediakan menu berharga rendah atas dasar kemanusiaan untuk membantu pelajar mengharungi saat-saat sukar.

“Sambutan pelajar semua okey. Kami dah siapkan set menu dengan harga RM3.50, kita memang dah ada peruntukan ikut bajet yang kami boleh sediakan. Memang kita tahu dengan isu harga naik, ramai yang terkesan, jadi kita nak saling membantu.”

Pada 4 Julai lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad mengumumkan menu makanan berkualiti dengan harga siling RM3.50 bagi setiap hidangan akan diperkenalkan menerusi inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia.

Pelajar jurusan kejuruteraan kimia di sebuah universiti awam, Aniamirul Sofia, 23, menyeru pelajar menghargai inisiatif pengusaha gerai yang menyediakan menu berbaloi itu dengan menyokong perniagaan mereka.

Aniamirul Sofia.

“Susah nak jumpa makanan RM3.50 ini. Dia macam tak logik, tetapi sangat untung untuk kami. Saya nak ucap terima kasih kepada pengusaha gerai yang turut serta sebab tak semua peniaga sanggup buat macam ini,” katanya ketika ditemui FMT.

“Pada pelajar lain, sokonglah peniaga ini sebab harga ditawarkan memang murah. Kalau tak ramai yang sokong, mereka akan rugi besar. Jadi bila kita sokong perniagaan mereka, mereka akan lebih semangat untuk terus bantu pelajar.”

Damia Farisya.

Damia Farisya, 20, pelajar jurusan sains komputer matematik dan Anastasia Linus, 22, dari jurusan kejuruteraan pula berkata, inisiatif menu dengan harga RM3.50 sangat membantu pelajar berjimat, khasnya mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Dulu nasi dengan dua ketul ayam dan sayur sahaja dah berharga RM10, kalau makan dua kali sehari dah RM20, memang guna banyak duit, belum lagi kira perbelanjaan lain. Macam kami golongan B40, jadi memang perlu bantuan macam ini,” kata mereka. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.