`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, July 25, 2022

Pindaan cuti bersalin berbayar terpakai kepada semua pekerja wanita, MOF diberitahu

 

ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata pemberian kemudahan cuti bersalin berelaun kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) tidak waar ditangguh. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pekerja wanita yang bersalin tanpa mengira status perjawatan tidak wajar didiskriminasi dan hak mereka dijamin di bawah Akta Kerja 1955, tegas seorang ADUN.

ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli menyifatkan keputusan Kementerian Kewangan menangguhkan pemberian kemudahan cuti bersalin berelaun kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) sebagai langkah ke belakang.

Katanya, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Mac 2022, antara pembaharuan penting dimasukkan adalah dengan memanjangkan cuti bersalin berbayar daripada 60 hari kepada 98 hari.

“Pindaan peruntukan cuti bersalin berbayar ini terpakai kepada semua pekerja wanita yang bersalin dan hak mereka dijamin di bawah Akta Kerja 1955.

“Tempoh bersalin adalah amat kritikal kerana ia bukan sahaja fasa pemulihan biologi dan reproduktif malah terdapat keperluan asas yang diperlukan dalam menampung perbelanjaan harian,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengumumkan penangguhan kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh kepada guru Kafa seperti yang diumumkan Januari lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Jakim, Hakimah Mohd Yusoff yang menjelaskan keputusan dibuat sebagai mematuhi saranan dan pandangan Kementerian Kewangan.

Justeru, Juwairiya yang juga Timbalan Ketua Wanita PKR menggesa Kementerian Kewangan segera meluluskan kemudahan cuti bersalin berelaun kepada semua guru Kafa yang layak.

“Ia tidak wajar ditangguhkan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.