`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 21, 2022

Simpan minyak masak lebih had, pembekal berdepan denda RM1 juta

 

Ketua Polis Perlis Surina Saad berkata, polis merampas 12 tan minyak masak melebihi had dibenarkan yang dianggarkan bernilai RM48,800. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Tindakan seorang pembekal minyak masak menyimpan barang keperluan itu melebihi had mengundang padah apabila premisnya di Kampung Baru, Padang Besar, Perlis, diserbu pagi tadi.

Pembekal berusia 41 tahun itu bakal berdepan hukuman denda sehingga RM1 juta, selepas didapati menyimpan 92.16 tan minyak masak botol 5 liter, sedangkan jumlah maksimum ditetapkan ialah 80 tan.

Ketua Polis Perlis Surina Saad, berkata serbuan dilakukan pada 9 pagi selepas pihaknya menerima maklumat mengenai tindakan pembekal tersebut.

“Susulan itu, polis merampas 12 tan minyak masak melebihi had dibenarkan yang dianggarkan bernilai RM48,800.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Kes disiasat mengikut Peraturan 13 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, boleh didenda maksimum RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun,” katanya menurut laporan Bernama.

Katanya, barang kes dan suspek diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.