`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 26, 2022

Tukar peguam tangguh bicara bercanggah kaedah amalan guaman, kata Haniff

 

Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata perkara itu terkandung dalam Peraturan Majlis Peguam dan Kaedah Profesion Undang-Undang (Praktis dan Etika) 1978, digubal mengikut Akta Profesion Undang-Undang 1976.

PETALING JAYA: Strategi menukar peguam semata-mata untuk menangguhkan kes perbicaraan bertentangan dengan prinsip dan etika pengamal undang-undang, kata peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Perkara itu terkandung dalam Peraturan Majlis Peguam dan Kaedah Profesion Undang-Undang (Praktis dan Etika) 1978 yang digubal mengikut Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Haniff berkata, berdasarkan kaedah 6 bawah kaedah amalan guaman akta tersebut, antara lain mengatakan seseorang peguam tidak boleh mengambil arahan guaman baharu, melainkan dia sudah bersedia untuk menghadiri mahkamah.

“Jadi berpandukan kaedah ini, Mahkamah Persekutuan boleh bertanya kepada peguam kenapa dia bersetuju untuk mengambil kes yang tarikh perbicaraannya telah ditetapkan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Jadi, peguam tidak boleh katakan kepada mahkamah yang dia tidak bersedia untuk mengambil kes kerana masih belum bersedia kerana baharu sahaja mengambil alih kes,” katanya menurut Sinar Harian.

Hanif ketika mengulas lanjut, berkata hakim boleh memakai prinsip tersebut dalam menggunakan budi bicaranya ketika memberikan keputusan terhadap sesuatu permohonan penangguhan.

Sementara itu, jika hakim menolak permohonan penangguhan maka semua pihak harus menerima keputusan tersebut dan tidak boleh mengatakan ia sebagai tidak adil kerana ia dibuat berdasarkan kepada prinsip perundangan dan kehakiman.

Hari ini, peguam baharu Najib Razak memohon Mahkamah Persekutuan menangguhkan pendengaran rayuan terakhirnya terhadap sabitan kes SRC International di mahkamah itu, yang dijadualkan bermula 15 Ogos.

Firma guaman Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners, berkata ia susulan pertukaran peguam yang mewakili bekas perdana menteri itu.

“Kami dengan rendah hati memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan atau pengurusan kes dengan segera untuk membolehkan peguam memberi dan mengemas kini serta mendapatkan arahan lanjut dari mahkamah.”

Firma guaman itu meminta mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 29 Julai. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.