`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 13, 2022

UiTM sedia menu makanan serendah RM3.50 di semua kampus

 

UiTM menawarkan menu makanan kepada pelajar di semua kampusnya serendah RM3.50 sejak 8 Julai bawah pelaksanaan inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia.

SHAH ALAM: Kesemua 35 kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) menawarkan menu makanan kepada pelajar serendah RM3.50 sejak 8 Julai lepas, bawah pelaksanaan inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia bagi meringankan kos perbelanjaan penuntut universiti.

Naib Canselor UiTM Prof Roziah Mohd Janor berkata, universiti itu mempunyai lebih 400 penggerai di seluruh kampusnya dan hampir kesemua mereka menyatakan kesanggupan untuk menyediakan menu khas berharga RM3.50, manakala pilihan menu lain masih boleh ditawarkan.

“Jadi untuk menu lain kita akan kekalkan iaitu bagi mereka yang ada duit lebih boleh beli, itu yang ditetapkan dan setiap gerai kita cadangkan untuk disediakan menu daripada inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia ini,” katanya kepada media selepas majlis penanaman pokok bagi program “TREE4FUTURE” di sini hari ini.

Roziah berkata pada Jumaat lepas, beliau melihat masih ada penggerai yang menawarkan menu berharga RM6, namun pihaknya akan terus memantau supaya menu RM3.50 ditawarkan dengan 14 pilihan makanan berkhasiat dan berkualiti.

“Bila ditanya pelajar mereka nyatakan harga itu (RM6) tidaklah mahal, jadi saya rasa kemungkinan kerana yuran pengajian UiTM murah berbanding universiti lain,” katanya.

Pada 4 Julai, Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad mengumumkan menu makanan berkualiti dengan harga siling RM3.50 bagi setiap hidangan akan diperkenalkan menerusi inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.