`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, July 10, 2022

Zaman Pemimpin Kleptokrat, Pencuri Dan Diktator Berakhir Di Sri Lanka - Rumah Perdana Menteri Di Bakar Hangus, Presiden Bawa Harta Melarikan Diri Naikki Kapal Tentera Laut

 Setelah ditipu selama berpuluh tahun oleh pemimpin politik dengan hujah perkauman mereka, ideologi ketuanan bangsa Sinhala, kelebihan agama Buddha dan retorik kebangsaan yang menyisihkan hak kaum minoriti, akhir sekali rakyat biasa Sri Lanka  telah sedar diri dan menyerbu masuk kediaman rasmi presiden Gotabaya Rajapaksa (memang pun 'raja paksa').

Tetapi presiden pencuri dan penyanggak itu telah melarikan diri dengan membawa berpuluhan beg besar di isi dengan harta yang dicurinya. Sebiji serupa seorang First Lady yang telah memuat naik berpuluhan beg di isi dengan harta curi atas pesawat yang telah terbangkan harta itu entah ke mana. Sila lihat video berikut.

Kemudian beribu rakyat marhaen di Sri Lanka melepaskan dendam terhadap perdana menteri Anil Vikramasinghe dengan membakar hangus kediaman peribadinya.

Dengan kebangkitan rakyat Sri Lanka ini maka berakhir-lah zaman perdana menteri, menteri Kabinet dan presiden yang semuanya bersubahat dan bekerjasama dengan Penjawat Awam Sri Lanka untuk memeras, menipu  dan  menzalimi harta, wang dan hak rakyat Sri Lanka. 

Selepas peristiwa kebakaran rumah Perdana Menteri dan sesudah presiden Sri Lanka terpaksa melarikan diri untuk menyelamatkan nyawanya, saya rasa susah juga bagi perdana menteri dan presiden Sri Lanka yang akan datang yang cukup berani (atau cukup bodoh) untuk mencuri dan menipu harta rakyat lagi. 

Sila lihat video singkat berikut:


 


 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.