PETALING JAYA: Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan segera terhadap seorang lelaki yang dikatakan melakukan provokasi terhadap Islam dalam Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad membuat gesaan itu susulan gambar menunjukkan seorang lelaki berbaju separa bogel dan memakai songkok sempena KLFW baru-baru ini yang dikecam warganet.
“Masyarakat Islam kita cukup marah dan kecewa. Sempadan batas agama, sensitiviti keagamaan dan kaum usah dibuat bahan mainan.
“Usahlah kita berperilaku yang melanggar dengan ajaran agama, adat ketimuran dan tatasusila,” katanya di Facebook.
Beliau meminta semua pihak sentiasa berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa perbuatan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.