`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 27, 2022

Antara Penghakiman Dan Pengampunan

 Apa bezanya antara penghakiman (court's judgement) dan pengampunan (pardon)? Saya ingin kongsi sedikit pendapat bukan daripada sudut undang-undang tetapi dari pandangan orang biasa atau layman.

Penghakiman dan pengampunan keduanya mempunyai dua risiko - apakah keputusan yang dicapai itu betul atau tidak betul dan samada keputusan itu adil atau tidak adil.

Kita melihat kepada pengampunan dulu.

Dalam negara kita pengampunan berada di bawah bidangkuasa YDP Agong dan Raja-Raja Melayu - yang jumlahnya sembilan orang DYMM. Empat buah negeri dalam negara kita tidak mempunyai Raja (Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak)  dan lebih mirip "republik" yang mempunyai gabenor.

Tajuk berita berikut bertarikh 11 Mei 2018 adalah mengenai persetujuan DYMM YDP Agong waktu itu untuk mengampunkan Brader Anwar yang masih berada dalam penjara.


Dua hari sebelum itu pada 9 hb Mei, 2018 Pakatan Harapan telah menangi PRU14. Maka dalam tempoh kurang 48 jam sahaja sesudah kerajaan bertukar YDP Agong telah bersetuju (pada prinsipnya) untuk mengampunkan brader Anwar.

Apakah pengampunan ini betul dan adil? Ramai orang menyoalkan juga jika pengampunan itu betul dan adil. Malah seorang peguam telah mengambil tindakan mahkamah untuk mencabar 'kesahihan' pengampunan yang diberi kepada Brader Anwar. Kes itu masih berjalan dan akan disambung bicaranya di Mahkamah Perskutuan (Federal Court) pada 15hb Nov 2022. 



Pada awal tahun 1970an berlaku juga kes di mana seorang (al marhum) Sultan telah mengampunkan (al marhum) puteranya daripada kesalahan membunuh "manslaughter". Ini petikan beritanya:

In 1971, the prince was charged with manslaughter for shooting a trespasser. He said he thought the man was a smuggler. His father intervened and granted him a pardon. The next year, he was charged with use Mace on two men because their car had overtaken his.

In 1973, he was again charged with manslaughter, and this time received a death sentence. He again claimed that the dead man was a smuggler, and a communist agent. Again his father stepped in and the sentence was changed to six months' jail and he was fined 6000 ringgit.

Ini adalah sedikit sejarah berkenaan "pengampunan" yang berprofil tinggi juga (high profile cases). 

Sekarang kita beralih kepada penghakiman. Ibu tunggal yang mencuri satu paket Milo memang bersalah. Mencuri itu adalah salah. Tetapi apakah hukum penjara (enam bulan) sebab mencuri satu paket Milo itu adil? 

Orang yang mencuri (dan memakai) seluar dalam wanita jiran ditangkap, dibicarakan mahkamah dan dipenjara dua tahun. Jelas sekali orang seperti itu lebih memerlukan kaunseling dan rawatan Psychiatry daripada ditangkap dan dipenjarakan selama dua tahun. Apakah hukuman itu adil?

Cuma perbezaan sangat besar ialah sistem penghakiman mahkamah mempunyai peraturan dan prosedur yang hampir otomatik untuk membuat rayuan bagi setiap kes yang telah diputuskan (termasuk kes curi Milo dan kes curi seluar dalam wanita).

Kes yang diputuskan Mahkamah Sesyen boleh dirayu kepada Mahkamah Tinggi. Kes Mahkamah Tinggi boleh dirayu kepada Mahkamah Rayuan dan akhir sekali kepada Mahkamah Persekutuan.

Pada setiap peringkat kes dan rayuan ini bukan saja kes-kes diputuskan oleh para hakim yang berpelajaran, berpengalaman dan yang arif tetapi kes di mahkamah-mahkamah rayuan (superior courts) di hadiri tiga atau lebih hakim yang senior  yang akan putuskan kes. Mahkamah Persekutuan pernah mendengar kes rayuan di hadapan SEMBILAN orang hakim yang senior.

Maksudnya sistem penghakiman kita mempunyai "check and balance" yang agak solid juga. Jika tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, seorang tertuduh atau pendakwa boleh membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi. 

Sistem ini berasaskan sistem undang-undang dan penghakiman British yang mempunyai sejarah yang sangat begitu lama (sejak 1189 atau 833 tahun) dan sangat begitu luas (diikuti negara Komanwel termasuk British, Canada, Australia, India, banyak negara Afrika dan bekas tanah jajahan British).   

Jadi jika semua rayuan itu berjaya dan orang tertuduh didapati tidak bersalah daripada Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Persekutuan, kemungkinannya paling besar orang tertuduh itu memang tidak bersalah. 

Begitu juga jika   semua rayuan itu gagal dan orang tertuduh didapati bersalah daripada Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Persekutuan, kemungkinannya paling besar orang tertuduh itu memang bersalah.

Sistem penghakiman kita juga mencerminkan dan mewakili semua rakyat dalam negara kita. Dalam kes terbaru ini LIMA hakim Mahkamah Persekutuan mewakili pelbagai kaum, agama dan bahasa. Tiga daripada mereka itu (termasuk Ketua Hakim Negara) adalah wanita. 

Para hakim, pendakwa, peguambela dan peguamcara bukan saja orang yang berpelajaran, berpengalaman dan mahir dalam bidang undang-undang tetapi mereka juga adalah daripada kalangan rakyat biasa yang faham aspirasi rakyat marhaen yang menaruh harapan besar untuk mendapat keadilan undang-undang untuk menyelesaikan masalah.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.