`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 21, 2022

Bapa dera anak OKU bersama teman wanita ditahan

 

Suspek iaitu bapa mangsa, buruh berusia 60 tahun dan teman wanitanya yang tidak bekerja berusia 47 tahun ditahan malam tadi.

PETALING JAYA: Seorang bapa bersama teman wanitanya ditahan kerana dipercayai mendera anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) di Lembah Jaya Selatan, Taman Sri Intan Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata pasukan perubatan Hospital Ampang menerima seorang pesakit wanita OKU berusia 31 tahun pada 12 tengah hari semalam.

Katanya, pemeriksaan mendapati beberapa kesan kecederaan mencurigakan seperti lebam di bahagian mata kanan disyaki dipukul serta ditumbuk.

Susulan itu, sepasukan anggota polis menahan suspek iaitu bapa mangsa, buruh berusia 60 tahun dan teman wanitanya yang tidak bekerja berusia 47 tahun pada jam 8.30 malam tadi.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Beberapa objek seperti kayu penyapu, penyangkut baju dan kayu mop disyaki digunakan untuk mendera mangsa turut dirampas,” kata Farouk dalam kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan ujian air kencing terhadap mereka didapati negatif.

“Kedua-dua suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 24 Ogos ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.