`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 13, 2022

Bukan semua polis bermasalah ‘dilonggok’ di Sabah, Sarawak, kata Hamzah

 

Hamzah Zainudin berkata KDN membuat pusingan di seluruh negeri untuk menghantar polis bermasalah.

PETALING JAYA: Tindakan menukar anggota polis dan penjawat awam bermasalah serta berdepan isu salah laku ke Sabah dan Sarawak adalah langkah tidak betul, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, tidak semua penjawat awam berdepan masalah salah laku dan disiplin akan “dilonggokkan” di Sabah dan Sarawak, sebaliknya ada yang dihantar ke setiap negeri di seluruh Malaysia.

“Ini tak betullah. Sebab yang kita tangkap itu ramai. Jika kita ada 13 pesalah, kita akan hantar atau ‘pusing-pusingkan’ mereka di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penjawat awam terbabit dalam aktiviti jenayah dan penyalahgunaan dadah.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Kita akan lihat bentuk kesalahan yang mereka lakukan. Jika kesalahan yang dilakukan sehingga menjual dadah, hukumannya akan berat sekali.

“Bagi yang dah pun terjebak dengan penyalahgunaan dadah, kita akan hantar mereka untuk jalani pemulihan sebelum dikembalikan kepada masyarakat,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi memaklumkan sembilan anggota polis yang sedang disiasat kerana dipercayai terlibat kes peras ugut akan ditukarkan ke Sabah dan Sarawak.

Kenyataan itu mengundang kemarahan termasuk Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis yang menganggap Sabah dan Sarawak bukanlah “tong sampah” untuk mana-mana orang yang bermasalah.

Bagaimanapun, polis mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji semula keputusan menukarkan sembilan anggota polis terbabit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.