`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 13, 2022

Jemaah giliran 2020-2022 diberi keutamaan tunai haji tahun depan, kata TH

 

Tabung Haji berkata kuota asal jemaah Malaysia ialah 31,600 orang, dikurangkan kepada separuh akibat pandemik Covid-19.

PETALING JAYA: Jemaah haji yang mendapat giliran bagi tahun 2020 hingga 2022 akan diberi keutamaan menunaikan ibadat itu tahun depan, kata Lembaga Tabung Haji (TH).

Ini kerana TH menerima banyak keluhan daripada bakal jemaah bagi tempoh berkenaan yang tidak dapat tawaran menunaikan haji tahun ini.

Pengarah Eksekutif TH, Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata keutamaan itu termasuk mereka berusia 65 tahun ke atas yang tidak dapat mengikutinya disebabkan syarat baharu ditetapkan kerajaan Arab Saudi melarang bakal jemaah pada usia itu.

“Kuota asal untuk Malaysia sepatutnya 31,600 orang, namun disebabkan kebimbangan penularan pandemik Covid-19, jumlah itu telah pun dikurangkan kepada separuh.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Sebenarnya pengisian kuota tertakluk kepada kriteria dikenakan Arab Saudi yang boleh berubah setiap tahun dan kita berharap syarat baharu tahun depan akan lebih baik,” katanya menurut Kosmo.

Ini bermakna, baki 17,294 orang bagi giliran 2020 hingga 2022 turut tidak ditawarkan haji bagi musim kali ini.

Bagaimanapun, keadaan semasa masih lagi terpulang pada budi bicara kerajaan negara itu dan beliau tidak menolak kemungkinan ada kuota tambahan pada musim 1444 Hijrah/2023 Masihi.

Senario itu, susulan perkembangan terkini yang menyaksikan projek perluasan Masjidil Haram di Makkah sudah hampir siap sepenuhnya bagi menampung lebih ramai kapasiti jemaah.

Begitu juga pembukaan terminal baharu Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah baru-baru ini yang telah membolehkan pertambahan jumlah penumpang lebih tinggi.

“Insya-Allah, mungkin ada hikmah di sebaliknya yang menyebabkan tidak dipanggil ke tanah suci dan pihak kerajaan juga berusaha memohon kuota rasmi Malaysia dinaikkan,” katanya.

Ketika ini, pendeposit TH yang mendaftarkan ibadat tersebut akan menerima giliran untuk tempoh 115 tahun akan datang susulan kekangan kuota ditetapkan Arab Saudi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.