`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 17, 2022

Isu warganegara: Zahid tak boleh ‘kawal’ naib presidennya, kata pemimpin DAP

 

Teo Nie Ching berkata Ahmad Zahid Hamidi dan Umno bukan pembangkang untuk membela ibu di negara ini yang masih berdepan masalah kewarganegaraan membabitkan anak lahir di luar negara.

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi seperti tidak mempunyai “kawalan” dan pengaruh terhadap naib presidennya, Ismail Sabri Yaakob, susulan keenganan kerajaan menyokong ibu warganegara mahu mendapatkan kerakyatan bagi anak mereka yang lahir di luar negara.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, turut mengecam tindakan Zahid mahu memasukkan isu kewarganegaraan dalam manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN).

Katanya, kenyataan mahu “berbisik” perdana menteri untuk membela nasib ibu di negara ini seolah-olah seperti beliau dan Umno adalah pembangkang.

“Zahid tidak perlu ‘berbisik’ kepada perdana menteri, yang juga naib presidennya dalam Umno, seolah-olah ia adalah rahsia, jika Zahid menghormati nasib ibu Malaysia, dia boleh campur tangan secara terang-terangan apabila kerajaan menentang keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada ibu itu.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Zahid bercakap seolah-olah dia dan Umno adalah pembangkang, dan dia tidak mempunyai kawalan dan pengaruh terhadap kerajaan di mana Umno bukan sahaja memegang jawatan perdana menteri, tetapi juga 11 menteri,” katanya.

Teo menyifatkan kenyataan Zahid sebagai penghinaan kepada ibu di Malaysia yang telah lama berjuang bagi perkara itu.

“Ia adalah penghinaan dan tidak menghormati kerenah birokrasi yang dilalui oleh ibu-ibu di Malaysia hanya ingin anak-anak mereka tinggal bersama mereka di negara ini.

“Dia kata dia peduli, tetapi di manakah dia di saat semua cabaran itu perlu dilalui (oleh ibu)?” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan kanak-kanak dilahirkan di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia tetapi berbapakan warga asing tidak boleh mendapat kerakyatan Malaysia secara automatik. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.