`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, August 4, 2022

Jawatankuasa khas cadang wujud mahkamah anti-rasuah

 

Rais Yatim berkata, cadangan mewujudkan mahkamah anti-rasuah perlu membabitkan hakim berkepakaran jenayah rasuah yang tidak boleh ditukar ganti sewenang-wenangnya.

KUALA LUMPUR: Mahkamah anti-rasuah perlu diwujudkan bagi meningkatkan persepsi masyarakat terhadap usaha kerajaan membanteras jenayah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Rais Yatim berkata, persepsi itu semakin meleset dan langkah itu dapat membantu kerajaan meraih sokongan dengan membabitkan semua pihak, termasuk peringkat eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Katanya, ia antara beberapa cadangan utama dibangkitkan dalam laporan tahunan JKMR 2020 yang diserahkan kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Ketua Majlis Parlimen.

Beliau berkata, cadangan mahkamah itu perlu membabitkan hakim berkepakaran jenayah rasuah yang tidak boleh ditukar ganti sewenang-wenangnya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Katanya, sesi libat urus bersama pihak berkaitan sudah diadakan dan perkara itu turut dibangkitkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara, malah pihaknya akan meminta Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun menubuhkan jawatankuasa bersama bagi membincangkannya.

“Ia akan memberi suasana, kepakaran, ketetapan dan kejituan mahkamah khusus mengenai rasuah. Ini berkait langsung dengan kedudukan Malaysia yang semakin menurun, misalnya kita berada di kedudukan 62 di peringkat global dan ia wajar diberi perhatian.

“JKMR sudah mengemukakan syor yang menjadi antara cabaran besar dan mendapat perhatian kerajaan, selain kita akan bawa balik isu ini di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan dan berunding dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menghubungi badan kehakiman.

“Dalam jawatankuasa itu nanti, kita akan dapat butiran yang boleh membantu ke arah mewujudkan mahkamah berkenaan,” katanya selepas penyerahan laporan tahunan itu di Parlimen.

Rais berkata, JKMR turut mencadangkan prosedur dan jaminan penyimpanan barang kes seperti wang tunai dan barang kemas bernilai jutaan ringgit oleh SPRM, diurus tadbir dan disimpan Bank Negara atau bank bertauliah bagi mengelakkan ia hilang atau dicuri.

Katanya, ketidakseragaman pakaian lokap berwarna jingga untuk tertuduh kes rasuah turut dibangkitkan dalam laporan itu.

“Laporan tahunan ini turut menyentuh perspektif awam mengenai anti-rasuah yang didapati merosot, membabitkan kurang keyakinan, khasnya disiplin dalaman SPRM, tindakan disiplin ke atas pegawai tertinggi, selain kejituan kuat kuasa anti-rasuah di negara ini.”- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.