`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 3, 2022

Kedah catat kes tunggakan pembahagian harta pusaka tertinggi

 

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Ali Biju hadir pada Persidangan Pentadbiran Tanah sempena Hari Tanah Negara 2022, di Putrajaya, hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kedah menjadi negeri tertinggi merekodkan kes tunggakan pembahagian harta pusaka di negara ini, kata Pengarah Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTGP), Baharuddin Aziz.

Utusan Malaysia melaporkan, Kedah mencatatkan 13,423 kes berkenaan diikuti Selangor dengan 10,358 kes dan Johor, 9,062 kes.

Justeru, Baharuddin berkata, agensi itu amat memerlukan tenaga tambahan bagi segera menyelesaikan puluhan ribu kes tertunggak ekoran halangan operasi ketika wabak Covid-19 meletus awal 2020.

“Tiga negeri ini paling banyak kes dan perlu ramai staf tambahan. Jumlah sedia ada memang tidak cukup kerana sebelum pandemik Covid-19, satu kes boleh selesai purata empat bulan jika tiada masalah dan sekarang hampir enam bulan,” katanya selepas Persidangan Pentadbiran Tanah sempena Hari Tanah Negara 2022, dirasmikan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju.

Baharuddin menambah, pada masa ini BPP JKTPGP hanya memiliki 240 petugas tetap termasuk 171 staf sokongan, bahkan angka kes baharu dijangka melonjak daripada 60,000 kes setahun kepada 120,000 kes ekoran penguatkuasaan Akta Harta Pusaka (Pembahagian) 1955 atau Akta 98.

Situasi itu membolehkan BPP JKPTGP mengendalikan pengurusan harta tidak alih dan boleh alih termasuk wang di bank daripada kadar lama cuma RM2 juta kepada maksimum RM5 juta.

Pada masa sama, agensi itu turut dibenarkan menguruskan pusaka si mati termasuk bukan tanah yang sebelum ini perlu dibawa kepada pihak mahkamah atau Amanah Raya Berhad (ARB). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.