`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 9, 2022

Larangan tukar parti: PM akan maklum kerajaan negeri pinda perlembagaan

 

RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 memperoleh sokongan 52 daripada 60 senator selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan, iaitu lebih dua pertiga persetujuan Ahli Dewan Negara. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan memaklumkan kepada semua kerajaan negeri untuk membuat pindaan terhadap perlembagaan negeri masing-masing selaras dengan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menggulung perbahasan RUU tersebut di Dewan Negara.

“Saya telah berbincang dengan perdana menteri selepas kita luluskan rang undang-undang ini di Dewan Negara, saya telah memohon beliau (perdana menteri) mengutus surat kepada semua negeri sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat (senator) supaya kita menyeragamkan pindaan di semua negeri.

“(Ini termasuk) negeri yang sudah membuat pindaan atau belum membuat pindaan supaya mengikut jadual yang kita pinda sebagaimana yang kita sebut dalam pindaan perlembagaan supaya tiap-tiap negeri mempunyai penyeragaman bersama dengan apa yang kita lihat di peringkat persekutuan,” katanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 itu memperoleh masing-masing sokongan 52 daripada 60 senator selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan, iaitu lebih dua pertiga persetujuan Ahli Dewan Negara.

Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim ketika mengumumkan perkara itu berkata, tujuh Ahli Dewan Negara tidak hadir.

Wan Junaidi berkata, peruntukan larangan ADUN bertukar parti hanya akan berkuat kuasa di sesebuah negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Raja atau Yang Dipertua Negeri masing-masing.

“Kita memandang pentingnya pihak DUN diberi kebebasan sendiri bersama keputusan yang bakal dibuat oleh raja yang memerintah, gabenor atau Yang Dipertua Negeri di negeri tersebut…selepas ada perundingan dengan Yang di-Pertuan Agong, barulah kita boleh menyeragamkan perkara tersebut kerana ini juga terkandung dalam pindaan,” katanya.

Semasa sesi perbahasan, rata-rata Ahli Dewan Negara menyifatkan RUU itu dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem demokrasi berparlimen negara.

Ismail ketika membentangkan RUU itu di Dewan Negara berkata, RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 tidak terpakai kepada Ahli Dewan Negara dan ia dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas setelah mempertimbang beberapa pandangan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.