`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 19, 2022

Orang macam kamu punca BN jatuh, Saravanan selar Nur Jazlan ‘tak sedar diri’

 

M Saravanan memberitahu Nur Jazlan Mohamed ketika BN tewas pada PRU14, MIC dan MCA tidak meninggalkan Umno termasuk keluar daripada gabungan itu.

KAJANG: Barisan Nasional (BN) tidak akan wujud lagi selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) jika tidak kerana MIC dan MCA, kata M Saravanan sambil menyifatkan Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed “tidak sedar diri”.

Timbalan presiden MIC itu berkata, ketika banyak parti komponen gabungan itu keluar meninggalkan Umno selepas kalah pilihan raya, dua parti berkenaan kekal bersama Umno.

“Dia (Nur Jazlan) tak sedar diri ke, semua parti tinggalkan Umno (selepas PRU14) dan yang hidup bersama Umno adalah MCA dan MIC. Kalau tak, BN tak wujud,” katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu khas program Minda Majlis Profesor Negara.

Pada 10 Ogos, Nur Jazlan yang juga ketua Umno Kulai di Facebooknya berkata, Umno tidak boleh lagi terlalu mengharapkan parti komponen lain iaitu MCA dan MIC untuk memberikan sumbangan besar kepada gabungan politik berkenaan pada PRU15.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Nur Jazlan berkata, di sebalik reformasi yang kononnya sudah dilakukan dua parti itu, pengundi bukan Melayu masih tidak dilihat kembali “berduyun-duyun” menyokong mereka atau BN.

Dalam pada itu, Saravanan mempersoalkan mengapa Nur Jazlan tidak menang pada PRU14 lalu.

Katanya, pemimpin seperti Nur Jazlan menjadi punca Umno dan BN jatuh.

“Kenapa Jazlan (Nur Jazlan) tak menang PRU lepas, satu ketika dulu semua pengundi Melayu bawah Umno, hari ini Melayu ada beberapa parti, tak perlulah.

“Sejarah dah buktikan orang macam inilah punca Umno dan BN jatuh, tak sedar diri,” katanya.

Tegasnya, Umno, MCA dan MIC adalah sebuah perjuangan.

Katanya, MIC bukan ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan India.

“Kerajaan hari ini bawah PM (perdana menteri) cuba mempertahankan institusi ini tetapi orang macam Jazlan cepat melatah,” katanya

Saravanan juga berkata, menjelang PRU15, semua pemimpin komponen dalam BN perlu bersama memperkukuh gabungan itu, bukan mempertikai kemampuan rakan komponen dalam memberi sumbangan kepada BN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.