`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 18, 2022

Pendakwaan rayu keputusan mahkamah benar Peter Anthony gantung hukuman, sabitan

 

Peter Anthony yang juga ADUN Melalap menfailkan permohonan untuk menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya bagi membolehkannya bertanding pada PRU15. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang membenarkan permohonan bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah, Peter Anthony bagi menggantung hukuman dan sabitan atas kesalahan menggunakan dokumen palsu.

Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah berkata notis rayuan itu difailkan pada 5 Ogos lepas di Mahkamah Tinggi di sini.

“Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 4 Okt ini,” katanya ketika dihubungi selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas hari ini yang turut disertai peguam S Devanandan yang mewakili Peter.

Peter, 51, yang juga ADUN Melalap menfailkan permohonan untuk menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya bagi membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pada 1 Ogos lepas, hakim Azura Alwi membenarkan permohonannya selepas berpuas hati dengan alasan yang dinyatakan oleh pihak pembelaan.

Pada 26 Mei lepas, Azura menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atau penjara 15 bulan terhadap Peter selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.