`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 28, 2022

PRU15: Wanita MCA kemuka 25 nama calon kepada presiden

 

Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie, berkata calon yang dipilih diharap bekerja keras untuk menambat hati pengundi dan membawa kemenangan kepada parti.

KANGAR: Wanita MCA telah mengemukakan senarai 25 calon wanita parti itu kepada presiden Wee Ka Siong untuk pertimbangan bagi persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie, berkata nama calon itu dikemukakan bagi tujuan penilaian dari segi kemampuan dan kebolehan mereka sebelum layak mewakili parti.

“Ini adalah persediaan MCA untuk menghadapi PRU akan datang. Apa pun kita harap, calon-calon yang dipilih akan bekerja keras untuk menambat hati pengundi dan membawa kemenangan kepada parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA Perlis 2022. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.