`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 13, 2022

2,828 mangsa banjir ditempatkan di PPS lima negeri

 

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu memindahkan penduduk Kampung Serongga ke PPS SK Sri Kiambang, Pasir Mas, Kelantan semalam, berikutan kediaman mereka dilanda banjir. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 2,828 mangsa banjir telah ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri setakat ini.

Mereka terdiri daripada 848 keluarga di Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan dan Johor, menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Di Pahang, seramai 457 mangsa daripada 132 keluarga ditempatkan di empat PPS setakat malam tadi, manakala di Perak, 190 mangsa daripada 47 keluarga di empat PPS setakat 5.22 pagi tadi.

Di Terengganu, setakat 6 pagi tadi, enam PPS dibuka menempatkan 202 mangsa daripada 54 keluarga, lapor Berita Harian.

Sementara itu, mengikut rekod pada 7.47 malam tadi, seramai 1,929 mangsa daripada 601 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di Kelantan.

Di Johor pula, dua PPS dibuka menempatkan 50 mangsa daripada 14 keluarga setakat tengah malam tadi.

Menurut laman web rasmi Public Infobanjir, Sungai Rantau Panjang di Kelantan merekodkan 9.42m, melepasi paras bahaya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.