`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 19, 2022

Banjir di Terengganu makin buruk, 11,415 orang dipindah

 

Bilangan mangsa di Terengganu meningkat kepada 11,415 orang berbanding 5,494 orang malam tadi. (Bernama pic)

PETALING JAYA: Situasi banjir di Terengganu semakin buruk apabila seramai 11,415 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri setakat jam 8 pagi tadi.

Menurut Berita Harian, mereka terdiri daripada 3,326 keluarga yang ditempatkan di 174 PPS di tujuh daerah.

Jumlah itu meningkat secara mendadak berbanding 5,494 orang daripada 1,627 keluarga yang ditempatkan 103 PPS malam tadi.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, jumlah mangsa banjir di Hulu Terengganu meningkat kepada 3,998 orang yang dipindahkan ke 45 PPS.

Ads by Kiosked

Jumlah itu meningkat berbanding hanya 2,207 mangsa yang ditempatkan di 34 PPS malam tadi.

Besut turut merekodkan pertambahan mangsa apabila 3,765 orang kini berada 65 PPS di daerah berkenaan.

Seramai 2,157 mangsa daripada 632 keluarga kini ditempatkan di 38 PPS di daerah Setiu berbanding hanya seramai 725 mangsa daripada 227 keluarga di 11 PPS malam tadi.

Di Kemaman, seramai 1,008 mangsa daripada 277 keluarga berada di 12 PPS manakala 14 keluarga membabitkan 119 mangsa berada di dua PPS di Marang.

Jumlah mangsa banjir di Kuala Terengganu tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila 13 mangsa masih berada di sebuah PPS di daerah berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.