`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 16, 2022

Bukan sekadar bangkang, PN akan tegur kerajaan untuk rakyat

 

Hamzah Zainudin berkata keputusan PN untuk menamakan beliau sebagai ketua pembangkang sebagai amanat dan tanggungjawab besar.

BATU KURAU: Pengalaman sebagai kerajaan sebelum ini akan digunakan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk memainkan peranan sebagai blok pembangkang di Parlimen sebaik mungkin termasuk menegur kerajaan jika ada perkara yang dilaksanakan tidak menguntungkan rakyat.

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berkata pengalaman itu juga boleh membantu mereka menyampaikan pandangan kepada pentadbiran kerajaan ketika ini.

“Kita (PN) ada pengalaman, kita akan tegur dan sampaikan bila ada perkara yang tidak baik,” kata Ahli Parlimen Larut itu selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di sini hari ini.

Mengenai keputusan PN untuk menamakan beliau sebagai ketua pembangkang, Hamzah berkata beliau menerimanya sebagai amanat dan tanggungjawab besar.

“Bukan sekadar membangkang tapi sebagai kumpulan yang berwibawa bagi memastikan kerajaan bekerja dengan baik,” katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa PN baru-baru ini bersetuju melantik Hamzah sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 dijadual berlangsung pada 19 dan 20 Dis serta merupakan sidang Dewan Rakyat pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-15. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.