`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 21, 2022

Hujan lebat, operasi SAR tanah runtuh tangguh sementara

 

Tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 26 terkorban dan tujuh lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa. (Gambar Bernama)

BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari keenam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, ditangguhkan sementara kira-kira 4 petang tadi berikutan hujan lebat.

Ketua Polis Hulu Selangor, Suffian Abdullah, yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata operasi bagaimanapun akan disambung semula sekiranya keadaan cuaca baik dan tiada pergerakan tanah berlaku di kawasan terbabit.

“Ya, ditangguhkan sementara kerana hujan dan akan disambung semula (namun) bergantung kepada keadaan cuaca serta tahap keselamatan di lokasi pencarian,” katanya ringkas.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 26 terkorban dan tujuh lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.