`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 13, 2022

Jho Low bukan graduan Wharton, sering ‘sebut’ nama VIP, mahkamah diberitahu

 

Saksi Joanna Yu memberitahu Mahkamah Tinggi, Jho Low sering menyebut nama VIP ketika menghadiri mesyuarat. (Gambar Bloomberg)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus AmBank tidak menghubungi Najib Razak selepas sejumlah dana asing dimasukkan ke akaun bekas perdana menteri itu, Mahkamah Tinggi diberitahu.

Saksi pendakwaan, Joanna Yu berkata, beliau tidak menghubungi Najib untuk memaklumkannya isu seperti itu kerana Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB ketika itu, Nik Faisal Ariff Kamil ditugaskan untuk menguruskan akaun Najib bagi pihaknya antara 2011 hingga 2015.

“Kami (AmBank) tidak mempunyai akses terus kepada Datuk Seri,” kata bekas pengurus perhubungan itu ketika disoal balas peguam bela Najib, Shafee Abdullah.

Yu juga berkata, beliau tidak tahu sama ada Nik Faisal membuat semakan dengan Najib berhubung kadar pertukaran wang asing.

Selain itu, beliau berkata, ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (lebih dikenali sebagai Jho Low) pernah mendakwa dirinya graduan Sekolah Perniagaan Wharton di Universiti Pennsylvania, fakulti perniagaan tertua di dunia.

Shafee: Dia beritahu kamu dia graduan Wharton?

Yu: Ya.

Shafee: Dia tidak pernah tamat pengajian di Wharton. Dia keciciran. Adakah kamu tahu perkara itu?

Yu: Tidak.

Yu juga berkata, Low sering menyebut nama VIP asing ketika menemui orang lain.

“Dia memberitahu (dalam mesyuarat) bahawa dia akan menemui seorang putera Saudi atau pemimpin Kuwait. Saya tidak ingat sama ada dia menamakan sesiapa. Saya tidak mengendahkannya kerana tidak penting bagi saya,” katanya.

Najib berdepan 25 tuduhan pengubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM2.28 bilion dana yang didakwa dimasukkan ke akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 hingga Disember 2014.

Perbicaraan bersambung di depan Hakim Collin Lawrence Sequerah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.