`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 14, 2022

Larikan wang lebih RM130,000, 2 warga asing diburu polis

 

Mohamad Farouk Eshak berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merompak berkumpulan tanpa senjata. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dua lelaki warga asing diburu polis selepas disyaki melarikan wang tunai USD30,000 (RM132,870) milik seorang lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Ampang Point, tengah hari semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, siasatan mendapati seorang daripada suspek berjumpa mangsa atas urusan penukaran mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dengan ringgit Malaysia dan dijanjikan keuntungan RM15,000.

Katanya, selepas kedua-dua pihak bersetuju, mangsa yang berusia 30-an mengeluarkan bungkusan berisi mata wang Dolar itu daripada beg sandangnya sebelum dirampas suspek yang kemudiannya melarikan diri ke arah sebuah kenderaan dipercayai Toyota Vios.

“Suspek melarikan diri menggunakan kenderaan itu yang dipandu seorang lelaki tidak dikenali mangsa yang menunggu berhampiran tempat kejadian. Suspek juga meninggalkan sejumlah mata wang Ringgit yang disyaki palsu,” katanya dalam kenyataan semalam, menurut Bernama.

Mohamad Farouk berkata mangsa mengenali suspek melalui rakan yang turut datang bersamanya ketika kejadian namun mangsa tidak pernah bertemu dengan suspek sebelum itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merompak berkumpulan tanpa senjata dan boleh dihukum penjara sehingga tempoh 20 tahun serta dikenakan sebatan.

“Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 489C Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki mata wang kertas palsu dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.