`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 15, 2022

Lelaki rentung selepas nahas di Tuaran

 

Anggota bomba memadam kenderaan yang terbakar sepenuhnya, selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Tambalugu, Tuaran petang tadi. (Gambar JBPM)

TUARAN: Seorang lelaki rentung selepas Perodua Bezza dipandunya terbabit kemalangan di Jalan Kampung Tambalugu di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, Mohd Fairuz Jasni, 38, ditemui rentung selepas keretanya dipercayai bertembung dengan Perodua Myvi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.48 petang.

“Kemalangan membabitkan Perodua Myvi yang dipercayai bertembung dengan Perodua Bezza hingga menyebabkan Perodua Bezza terbakar sepenuhnya.

“Seorang mangsa dilaporkan rentung dalam Perodua Bezza,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa dikeluarkan pada 7.21 malam tadi, selepas kebakaran dipadamkan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dua mangsa dalam Perodua Myvi tidak mengalami kecederaan. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.25 malam.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.