`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 11, 2022

Polis nafi kejadian culik, jual organ di hospital Johor

 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Raub Selamat berkata, video itu berunsur fitnah dan pihaknya tidak menerima laporan berhubung penculikan dan penjualan organ seperti didakwa. (Gambar Facebook)

JOHOR BAHRU: Polis menafikan dakwaan berlaku penculikan, mengambil dan menjual organ manusia kepada pihak hospital di Johor pada Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Raub Selamat berkata, satu laporan polis diterima kira-kira 12.27 tengah malam tadi berhubung sebuah video berunsur fitnah yang dimuat naik ke media sosial.

“Kenyataan itu palsu dan berunsur fitnah dan kita tidak menerima sebarang laporan berhubung penculikan dan penjualan organ seperti didakwa dalam hantaran tersebut.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dan tidak menyebarkan sebarang kenyataan yang tidak pasti kesahihannya,” katanya dalam kenyataan di Facebook Polis Daerah JBS.

Terdahulu, tular video 11 saat di TikTok yang mendakwa berlaku penculikan, mengambil dan menjual organ manusia di hospital di Johor sejak awal Oktober.

Raub berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000, setahun penjara atau kedua-duanya.

Selain itu, kesalahan itu juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan, iaitu penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.