`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 16, 2022

Sebabkan kematian bayi di Gerik, permit syarikat lori digantung setahun

 

Video tular menunjukkan muatan dari sebuah lori terjatuh dan terkena sebuah kereta dalam satu kemalangan di Gerik, Perak pada 29 Okt lalu menyebabkan seorang bayi maut.

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung permit syarikat lori yang terbabit dalam satu kemalangan di Gerik Perak yang menyebabkan seorang bayi mati pada 29 Okt lalu selama setahun berkuatkuasa hari ini.

Ketua Pengarah JPJ Zailani Hashim berkata tindakan tegas itu diambil selepas lori syarikat tersebut gagal dalam Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) dijalankan JPJ dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Katanya, lesen pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu turut digantung selama enam hingga lapan bulan.

“Kita baru dapat keputusan daripada JISA dan surat penggantungan sudah dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

“Keputusan menggantung permit syarikat lori berkenaan dibuat selepas mendapati kesalahan serius yang dilakukan oleh pemandu lori berkenaan dan kita gantung tidak kurang setahun atau lebih,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Katanya, semakan mendapati pemandu lori itu melakukan banyak kesalahan dan mempunyai 10 notis saman tetapi telah menjelaskannya. Namun, lesen pemandu itu digantung enam hingga lapan bulan.

Dalam kejadian pada 29 Okt lalu itu, seorang bayi maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama keluarganya merempuh muatan yang jatuh dari lori berkenan dari arah bertentangan ketika melalui satu selekoh di Gerik.

Video kemalangan berkenaan tular di media sosial sejak beberapa hari lalu hingga mendapat perhatian Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Loke dalam satu hantaran di Facebook dua hari lalu mengarahkan JPJ dan APAD mengambil tindakan segera terhadap pemandu dan syarikat lori berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.