`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 11, 2022

Sila Viralkan : Gaji Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Exco, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Telan Duit Rakyat Marhaen Dan Miskinkan Negara

 


 

 

Sila baca komen saya pada penghujungnya.

 

"Nota 1: Elaun Parking Kenderaan Menteri lebih tinggi daripada Gaji Gred 44 !

Nota 2: Jika gaji gred terendah pekerja kerajaan adalah RM1,500 termasuk elaun maka gaji seorang menteri bersamaan dengan 37 pembantu umum Gred 11."

 

I received the following via WhatsApp. 

Banyak netizen mengulas "bebanan kewangan" Kerajaan terpaksa tanggung kerana pembayaran emolumen dan pencen kepada Penjawat Awam.

Antara komen Netizen yang paling terbaik dibaca ialah tulisan ini:

"Bayaran Pencen yang paling membebankan Kerajaan sebenarnya ialah kepada Ahli Politik, iaitu lebih tinggi Elaun daripada gaji!

Khususnya jawatan PM, TPM, MB, KM, Menteri, Exco, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Sepatutnya mereka bukan Penjawat Awam dan hilang kelayakan daripada menerima skim pencen kerana hanya memegang jawatan selama 60 bulan.

Mereka sepatutnya tidak layak menerima pencen penuh, berbanding dengan Kakitangan Awam yang perlu bekerja selama 240 bulan untuk memenuhi syarat dapat menerima pencen.


Cuba lihat contoh emolumen untuk seorang Menteri Kabinet: 

1) Gaji asas = RM18,000
2) Elaun Keraian = RM10,500
3) Elaun perumahan = RM10,800
4) Elaun Rakyat = RM10,650
5) Elaun tempat letak kereta = RM10,650
5) Sebenarnya mereka tidak membayar untuk meletak kenderaan itu, kerana menggunakan kenderaan rasmi. 

Selain itu, Kerajaan juga terpaksa membayar emolumen sebanyak RM16,000 sebulan kepada 222 ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 ahli Dewan Negara.

Bayangkan setiap pilihanraya (sekali setiap 5 tahun) wakil yang dipilih berubah dan mereka semua hidup lama, berapa kos pencen untuk bekas wakil yang dipilih?

Ini lebih membazir dan membebankan berbanding Penjawat Awam yang rendah seperti pembantu umum Gred 11 dengan gaji hanya RM1,216 dan selepas berkhidmat lebih dari 30 tahun, gajinya adalah serendah RM2,983. 

Jadi pencen hanya berjumlah RM1,491.50 sebulan selama 15 tahun (selepas usia 60 tahun - jika kita mengambil jangka hayat rakyat Malaysia sehingga 75 tahun).

Nota 1: Elaun Parking Kenderaan Menteri lebih tinggi daripada Gaji Gred 44 !

Nota 2: Jika gaji gred terendah pekerja kerajaan adalah RM1,500 termasuk elaun maka gaji seorang menteri bersamaan dengan 37 pembantu umum Gred 11.

Ahli-ahli politik yang memegang Jawatan, kononnya untuk membela nasib rakyat, sebenarnya mereka hanya mempertahankan nasib mereka sendiri.


Ini mesti diperbetulkan. 

Ini belum termasuk Ahli Politik yang mengambil kesempatan daripada peluang-peluang lain untuk membuat keuntungan.

*Sila Viralkan*

 

My Comments :

Bagi saya simple saja. Apa kah sumbangan ahli politik kepala taik ini yang layak dibayar duit rakyat marhaen berpuluh ribu Ringgit sebulan? Mereka menggunakan jawatan politik mereka serupa mesin ATM untuk keluarkan duit rakyat.

Belum kira lagi duit projek dan kontrak yang juga mereka sapu. Kita baru dapat tahu bahawa salah se-ekor kepala taik ini pernah menjual sahamnya dalam syarikat gergasi monopoli dengan harga RM400 Juta !!  Dia dapat RM400 Juta !! 

Bagi kepala taik itu gaji YB atau gaji MB-nya yang berbelas ribu atau berpuluh ribu sebulan serupa taik ayam.  Tidak ada perbandingan pun gaji Menteri Besar berpuluh ribu dengan duit besar RM400 Juta. 

Mereka menelan duit rakyat. Itu saja kerja mereka.

Masalah besarnya orang Melayu masih tidur. Orang Melayu tak faham matematik simple untuk mengira apa pun.

Contohnya RM400 juta / RM60,000 =  6,667 bulan punya gaji menteri. 

6,667 bulan / 12 = 555 tahun punya gaji menteri !!

Apabila kepala taik itu sapu RM400 juta, maksudnya dia sudah telan duit rakyat yang cukup untuk membayar gaji menteri RM60,000 sebulan untuk selama 555 tahun !! 

Daripada zaman Sultan Melaka sampai ke hari ini.

Kebanyakan Penjawat Awam mendapat gaji jauh lebih kurang daripada RM60,000 SETAHUN !!

Kepala taik pula boleh dapat gaji RM60,000 sebulan !!

Soalannya kenapa perkara ini bukan saja boleh terjadi tetapi boleh berlanjutan sejak 20 tahun yang sudah?

Jawapannya simple :  Orang Melayu masih tidur. Orang Melayu tak faham matematik simple untuk mengira apa pun. Paling senang untuk menipu orang Melayu.

Dulu masa kes 1MDB terbongkar ramai orang tak faham berapa banyak itu satu billion Ringgit.

RM1 billion itu adalah RM1,000,000,000.

Kalau RM1,000,000,000 dibahagi gaji kepala taik RM60,000 sebulan = 16,667 bulan.

16,667 bulan itu adalah = 1,388 TAHUN. 

Daripada se-zaman nabi sampai ke hari ini.

Tapi kepala taik se-kor lagi telan duit rakyat melebihi RM40 Billion.

Cukup untuk bayar gaji RM60 ribu sebulan untuk selama 1,388 x 40 = 55,520 tahun.

(What was the world like 50,000 years ago?  50,000 years ago the world was in a glacial stage (ice age), and megafauna (mammoths and mastadons) still roamed the land. Neanderthals walked alongside anatomically modern humans (Homo sapiens)).

Mereka makan duit besar, mereka telan gaji besar. Duit rakyat. Tetapi apakah sumbangan mereka kepada tuan-tuan?

Apakah yang mereka sumbangkan kepada ekonomi, masyarakat dan negara kita yang boleh wajarkan   untuk mereka menelan duit rakyat RM60,000 sebulan atau RM400 JUTA atau RM40 Billion?

What is their contribution? Di sinilah letaknya jawapan rahsia kenapa Tuan-Tuan makin hidup susah. Especially orang Melayu dan bumiputera.

Sebab orang Melayu dan bumiputera sangat bergantung kepada perbelanjaan Kerajaan untuk sara hidup. 

RM1 Billion cukup untuk membiayai  SATU RIBU  usahawan Melayu / bumiputera dengan projek RM1 Juta bagi setiap 1,000 usahawan itu. (So RM1 Juta x 1,000 = RM1 Billion).

Duit RM40 BILLION pula boleh membiayai 40 RIBU (40,000) usahawan Melayu / bumiputera dengan projek RM1 JUTA bagi setiap  seseorang itu.

RM400 Juta cukup untuk membiayai 400 usahawan Melayu / bumiputera dengan projek RM1 JUTA bagi setiap usahawan itu (RM1 JUTA x 400 = RM400 JUTA). 

Tetapi apa yang berlaku adalah hanya se-kor atau dua ekor kepala taik ini boleh sapu duit RM400 Juta, RM40 Billion, RM60 ribu sebulan dsbnya. 

Apakah sumbangan mereka, what is their contribution, yang boleh mewajarkan mereka dapat duit RM400 Juta atau duit RM40 Billion atau GAJI DAN ELAUN BULANAN RM60,000 itu?  

Taik ayam pun boleh digunakan sebagai baja untuk menyuburkan pokok dan tanaman. Tetapi apakah sumbangan kepala-kepala taik ini? Jawapannya : ZERO. TELOR AYAM.

Maka sebab itu-lah masyarakat Melayu makin susah dan makin miskin. Duit Tuan-Tuan sudah ditelan oleh kepala-kepala taik ini.

Kenapa perkara ini boleh berterusan, berterusan dan masih berterusan tanpa putus? 

Jawapanya simple :  Orang Melayu masih tidur. Orang Melayu tak faham matematik simple untuk mengira apa pun. Paling senang untuk menipu orang Melayu.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.