`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 7, 2022

Tak masuk akal syarikat judi salur dana kepada PN, kata Hadi

 

Abdul Hadi Awang berkata hanya ‘akal yang berpusing’ sahaja boleh menerima tuduhan mengatakan tauke dan syarikat judi menyumbang kepada PN.

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang menepis tuduhan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu yang membayangkan sebahagian dana kempen pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang daripada syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

“Adalah tidak masuk akal tauke dan syarikat judi menyumbang kepada kumpulan yang paling agresif merobohkan pusat judi dengan ganas.

“Hanya akal yang berpusing sahaja boleh menerima tuduhan yang mengatakan bahawa tauke dan syarikat judi menyumbang kepada PN, sedangkan sahamnya jatuh menjunam setelah mendapat maklumat kemaraan PN dalam PRU15,” katanya dalam kenyataan.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, saham syarikat perjudian hanya naik semula selepas Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa, disusuli pembentukan Jemaah Menteri.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan ketika negeri pimpinan PAS – Kelantan, Terengganu dan Kedah – menutup premis perjudian, tindakan itu mendapat tentangan daripada parti komponen PH, walaupun ia hanya berkait dengan hak umat Islam.

“Malangnya, mereka berwajah Islam dalam PH diam membisu,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.