`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 5, 2022

Tok Mat janji Kertas Putih Pertahanan dilaksana secepat mungkin

 

Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berkata pelan strategik dengan tujuh teras untuk Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera (ATM) dalam proses pelaksanaan.

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Mohamad Hasan berjanji akan memastikan Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang diluluskan Parlimen, dilaksanakan secepat mungkin.

Katanya, pelan strategik dengan tujuh teras untuk Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam proses pelaksanaan.

“Saya lihat dan dengar tadi, ATM mendapat kelulusan daripada Parlimen berhubung KPP dan telah memulakan langkah strategik untuk terus memperkasakan ATM dalam ketiga-tiga perkhidmatan udara, laut dan darat.

“Keutamaan saya (sebagai menteri pertahanan) adalah bersama-sama kepimpinan, setiap perkhidmatan dan juga pihak awam pastikan KPP yang diluluskan Parlimen itu dapat kita jayakan dengan sebaik mungkin,” katanya dalam sidang media pertamanya selepas melapor diri di Kementerian Pertahanan.

KPP diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 Dis 2019 dan ia menetapkan hala tuju strategik pertahanan negara bagi tempoh 10 tahun untuk melindungi kepentingan Malaysia, mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah.

Dalam perkembangan lain, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, beliau akan meneliti projek kapal tempur pesisir (LCS) sebaik saja memulakan tugas secara rasmi.

Projek LCS dianggap perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah Malaysia, dengan kos keseluruhan RM9 bilion.

Projek itu mencetuskan kontroversi selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan tiada sebuah pun kapal itu disiapkan, walaupun kerajaan sudah membayar RM6.08 bilion kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) yang mendapat projek itu secara rundingan terus.

Mengikut jadual asal, BNS sepatutnya menyerahkan lima unit LCS sejak 2013 hingga Ogos lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.