`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, March 8, 2023

1MDB : TIPU HANG 1ST TIME DEPA JAHAT, TIPU HANG 2ND TIME HANG BODOH, TIPU HANG 3RD TIME ELOK HANG PI TERJUN DALAM LAUT

 1. Dalam video berikut Jo Ghani menjelaskan bahawa (sesudah Jho Low dan Najib curi duit 1MDB RM40 billion), kita kena tipu kali kedua bila Goldman Sachs terlepas daripada membayar balik semua duit bonds US$6.5 Billion (RM28.6 bilion) yang Goldman Sachs  mencuri itu. 

Rupanya pasukan negotiator "dream team" kita tidak lain daripada taraf "village idiots" yang tidak tahu cara negotiate dengan team penipu Goldman Sachs itu. Sila dengar penjelasan Jo Ghani di Parlimen :

 


 


2. And then berita terkini pula berkenaan pasukan dream team satu lagi yang juga membuat perjanjian pelik dengan Abu Dhabi di mana hujung jalannya serupa - kita tak dapat balik semua duit yang Pak Arab Abu Dhabi telah mencuri itu. 

Ini beritanya (edited, truncated by me) ditulis oleh wartawan terkenal P Gunasegaram di malaysiakini:


 

COMMENT | 

repeat of Muhyiddin Yassin's Goldman Sachs settlement 
Madani govt’s RM8b settlement with UAE over 1MDB - RM18b shortfall

Madani govt given too much to UAE in settlement
  • compared to RM26b AG Tommy Thomas  disputed
  • Thomas had set aside previous settlement 
  • highly detrimental to M'sia under Najib 

Madani settlement involves two UAE companies, IPIC and Aabar
CEO IPIC and CEO Aabar involved to defraud 1MDB
IPIC and Aabar associated with UAE royalty
CEO IPIC Qubasi embezzled US$473m from 1MDB
CEO Aabar Husseiny embezzled US$67m from 1MDB 
Qubasi, Husseiny imprisoned in UAE, Qubasi for 15 years

 

My Comments :

Maksudnya Tan Sri Tommy Thomas, Peguam Negara pada ketika itu, pernah mulakan saman dan tindakan mahkamah untuk claim balik RM26 Billion daripada syarikat Pak Arab UAE. 

Tetapi apabila kerajaan bertukar maka Tan Sri Tommy Thomas pun berhenti daripada jawatan Peguam Negara dan kes saman dan tindakan mahkamah terhadap Pak Arab UAE pun pergi entah ke mana. 



Tetapi anehnya sekarang kerajaan Madani pula (yang hanya berusia sekitar 100 hari)  telah setuju settle claim dengan Pak Arab UAE sebanyak RM8 billion sahaja. Ia itu kurang sebanyak RM18 Bilion!!

Itu pasal penulis P Gunasegaram berkata :  "Govt must explain RM18b gap in 1MDB - IPIC deal".      

Kenapa kerajaan Madani boleh setuju terima bayaran ganti rugi yang amat sikit oleh Pak Arab UAE itu? Kenapa pula bagi Pak Arab itu diskaun sebanyak RM18 billion? Banyak cantik.

Duit RM18 bilion itu adalah duit rakyat. Duit kita. Bukan duit kerajaan Madani. Habis sekarang siapa nak ganti rugi duit rakyat sebanyak RM18 bilion itu? 

Ramai pemerhati dan penganalisa kewangan (financial analysts) tidak faham atau tidak setuju dengan "deal" yang telah ditandatangani di London minggu sudah antara Menteri Kewangan Inc dan Pak Arab UAE. 

Anda boleh membaca laporan oleh Sarawak Report yang juga mempertikaikan "deal' yang aneh ini (sila klik di sini).


 Dan juga laporan oleh Permadu Malaysia di sini.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.