`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 11, 2023

30% MyKid siap tak dituntut ibu bapa, kata Saifuddin

 

Saifuddin Nasution Ismail berkata, MyKid yang tidak dituntut akan dilupuskan dan menyebabkan kerugian.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30% kad pengenalan kanak-kanak atau MyKid yang siap di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) belum dituntut ibu bapa atau penjaga, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, peratusan itu tinggi dan ibu bapa atau penjaga yang memohon MyKid diminta segera menuntutnya sebaik saja ia siap.

“Ini kerana, MyKid mempunyai tempoh tertentu untuk mereka (ibu bapa atau penjaga) menuntutnya. Sekiranya ia tidak dituntut, ia akan dilupuskan dan ia merupakan satu kerugian,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) kali ke-29 dan ke-30 di Maktab Polis Diraja Malaysia.

Bagi mengatasi masalah kelewatan dalam pemprosesan MyKid, beliau berkata, Kementerian Dalam negeri melantik sebuah syarikat bagi membekalkan kad MyKid.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Apabila berlaku proses ketidakcukupan (bahan untuk membuat MyKid), maka proses untuk mengeluarkan MyKid juga terjejas dan terganggu.

“Oleh itu, saya telah mengeluarkan arahan khusus agar masalah (lambat peroleh MyKid) ditangani segera, termasuk mengadakan perbincangan dengan meminta syarikat terlibat mematuhi prasyarat perkara yang ditentukan ketika proses pemerolehan tender.”

Januari lalu, media melaporkan kekurangan mikro cip di peringkat global menjadi punca kelewatan pengeluaran MyKid diserahkan kepada pemohon.

Ketua Pengarah JPN, Ruslin Jusoh dilaporkan berkata, masalah itu berlaku sejak pandemik Covid-19 lalu dan JPN menangguhkan sementara pengeluaran MyKid. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.