`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 28, 2023

Anggota sindiket dadah panjat bumbung elak ditahan polis

 

Polis menahan anggota sindiket pengedaran dadah yang cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung pangsapuri empat tingkat di Jinjang Baru, Sentul.

KUALA LUMPUR: Polis menahan 27 individu disyaki terbabit sindiket pengedaran dadah yang menjadikan empat unit di sebuah pangsapuri di Jinjang Baru, Sentul, di sini sebagai tempat kegiatan jenayah mereka.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Yahaya Othman berkata semua lelaki berumur 23 hingga 40 tahun itu ditahan 5 hingga 10 pagi tadi, dengan ada di antara mereka cuba melarikan diri dengan memanjat tingkap dan bumbung pangsapuri empat tingkat itu, namun akhirnya berjaya ditahan.

Polis turut merampas dadah jenis methamphetamine seberat 59.44g serta sebuah Perodua Myvi, sebuah motosikal Yamaha Y15, tiga utas gelang tangan, tiga bentuk cincin, seutas rantai bersama loket warna kekuningan dan wang tunai RM603.

Katanya, semua suspek yang didapati positif methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah itu dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sentul untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 39(A)(1), 12(2) dan 15(1)(a) akta sama serta Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) dan Bahagian III Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta).

“Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di kawasan Sentul sejak enam bulan lepas…Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti ahli sindiket terlibat dan sumber bekalan,” katanya dalam kenyataan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.