`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 25, 2023

Bekalan air di Klang, Shah Alam dijangka pulih esok

 

Sebanyak 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam mengalami gangguan bekalan air bermula jam 10 malam tadi.

PETALING JAYA: Bekalan air di 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam dijangka pulih sepenuhnya 6 pagi esok selepas kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang siap pada jam 6 pagi tadi.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan terjejas bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, 26 Mac (Ahad),” menurut Air Selangor dalam kenyataan hari ini.

Syarikat itu berkata pihaknya akan terus menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Air Selangor semalam memaklumkan semua kawasan terbabit mengalami gangguan bekalan air bermula jam 10 malam susulan kerja pembaikan paip pecah berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.