`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 16, 2023

Cabul, liwat remaja, bekas guru kekal dipenjara 14 tahun

 

Hukuman penjara 14 tahun terhadap bekas guru Mohamad Shafie Abdul Rani atas kesalahan cabul dan liwat kekal selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya. (Gambar Reuters)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 14 tahun terhadap seorang bekas guru sekolah rendah kerana kesalahan mencabul dan meliwat seorang remaja lelaki.

Panel tiga hakim diketuai Hadhariah Syed Ismail, Che Mohd Ruzima Ghazali dan Lim Chong Fong, sebulat suara, menolak rayuan Mohamad Shafie Abdul Rani, 53, kerana sabitan atas kesalahan itu adalah selamat.

Dalam menyampaikan keputusan itu, Hadhariah berkata hakim perbicaraan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kesilapan dalam fakta dan undang-undang dalam mendapati perayu bersalah seperti pertuduhan.

Shafie disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 27 Julai 2021 atas tiga pertuduhan mencabul mangsa ketika berusia 11 tahun di dalam bilik sebuah sekolah dan di pusat latihan guru di kawasan itu, daerah Hilir Perak, pada 2012 dan 2013.

Dia juga didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan meliwat mangsa sama, pada ketika itu berumur 17 tahun di sebuah rumah di Langkap, daerah Hilir Perak, pada Disember 2018.

Shafie diperintah menjalani hukuman penjara secara berasingan dari tarikh ditangkap pada 8 Feb 2021 dan diletakkan bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas itu.

Mahkamah Tinggi menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara pada 26 Mei tahun lalu.

Perayu diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fuad Abdul Aziz. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.