`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, March 27, 2023

Desak keluar KWSP tindakan popular jangka pendek, MTUC mahu penyelesaian jangka panjang

 

Presiden MTUC Mohd Effendy Abdul Ghani berkata pihak yang mendesak pengeluaran KWSP tidak memikirkan kesan terhadap masa depan pekerja selepas bersara. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan pihak yang mendesak pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai tindakan popular jangka pendek untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Sambil menyokong keputusan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran kali kelima dana itu, Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani, berkata mereka yang membuat desakan itu tidak memikirkan kesan terhadap masa depan pekerja selepas bersara dan pembangunan ekonomi negara.

“Keputusan ini juga tidak mengikut Rancangan Tindakan Kebangsaan bagi Warga Emas (RTKWE) yang bertujuan memperkukuhkan sistem perlindungan sosial bagi warga emas, KWSP adalah salah satu perlindungan terbaik untuk warga emas.

Ads by Kiosked

“Berdasarkan bancian 10 tahun 2010-2020, fenomena penuaan meningkat 6.8% berbanding 5% dan peningkatan peratusan kelompok berusia 65 tahun ke atas itu bakal menjadikan Malaysia negara tua menjelang 2030,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, MTUC berpendirian semua pihak perlu bergerak ke hadapan dan menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat untuk tempoh jangka panjang dalam membangunkan ekonomi negara, bukannya bertindak demi kepentingan tertentu.

“Penyelesaian jangka panjang bagi kita ialah mengkaji pelaksanaan elaun kos sara hidup dan pencen pekerja sektor swasta bagi mengurangkan belanja sara hidup, dan paling penting memastikan kita mempunyai mekanisme gaji progresif yang mengambil kira upah untuk sara hidup (living wage).

“Sekali lagi MTUC menegaskan caruman KWSP adalah untuk simpanan hari tua dan tuntutan untuk pengeluaran kali kelima tidak wajar dalam keadaan semasa,” katanya.

Katanya, fakta yang menunjukkan seramai 6.7 juta pencarum berusia bawah 55 tahun mempunyai simpanan bawah RM10,000 hendaklah diberi perhatian serius dan golongan terbabit perlu dibantu agar tidak terbeban di hari tua.

Terdahulu, kerajaan tidak bercadang membenarkan pengeluaran KWSP, bagaimanapun memperkenalkan kaedah membolehkan pencarum menggunakan wang di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Ads by Kiosked

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata kaedah itu boleh ditawarkan kepada pencarum KWSP yang “terdesak” untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.