`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 11, 2023

Hujan berterusan di Sarawak hingga esok

 

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga esok di Sarawak. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga esok.

MetMalaysia, dalam kenyataan memaklumkan ia diramal berlaku di Kuching, Serian dan Samarahan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.