`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 13, 2023

Jangan berkonspirasi jatuh kerajaan, Zahid beritahu ahli Umno menang pemilihan

 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli seharusnya menjaga perkara yang menjadi kerahsiaan parti.

SEREMBAN: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya menghormati segala keputusan dibuat pucuk pimpinan biarpun ada perbezaan pendapat.

Beliau berkata, ahli parti juga seharusnya menjaga perkara yang menjadi kerahsiaan parti terutama segala inti pati dibincangkan dalam mesyuarat parti.

“Setiap ahli Majlis Tertinggi (MT) yang dilantik hadir melafazkan sumpah untuk simpan rahsia…ia bukan pada parti semata-mata tapi diri sendiri…naib-naib presiden yang akan menang bersama-sama presiden dan timbalan presiden jangan ada kumpulan dalam kumpulan, jangan ada parti dalam parti.

“Begitu juga rakan-rakan dalam MT, saya mengamalkan dasar untuk meraikan perbezaan pendapat dan hormati keputusan meskipun secara luaran tak bersetuju dengan saya…tapi saya utamakan parti…bukan ambil jalan untuk balas dendam,” katanya.

Timbalan perdana menteri itu berkata demikian ketika berucap dalam majlis pengenalan calon pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, naib-naib presiden dan ahli MT sempena pemilihan Umno sesi 2023-2026 peringkat Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Zahid turut meminta semua ahli yang memenangi pemilihan parti untuk bekerjasama dan tidak berkonspirasi bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Jangan bersekutu dengan pihak ‘gunting dalam lipatan’, ‘api dalam sekam’ saya tahu ada perancangan di belakang yang mahu menggugat kepimpinan yang ada…pilih la untuk bersama saya dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan (Tok Mat) untuk kukuhkan parti.

“Pertandingan ini (pemilihan Umno) sedarah sedaging, semua bertanding ini untuk memperkukuhkan parti, saya dan Tok Mat terima siapa sahaja yang menang, itulah pemimpin Umno yang akan bersama saya dan parti,” katanya.

Beliau berkata, keputusan untuk bersama kerajaan perpaduan demi memastikan Umno terus kukuh dalam politik negara selain tidak mewujudkan sikap “berpuak-puak” sehingga menjejaskan keharmonian negara.

Pemilihan jawatan naib presiden Umno dan ahli MKT akan berlangsung Sabtu ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.