MENGAPA JADI BEGINI ?
MENGAPA NEGARA ku di harungi masaalah
Dicemar, dimalukan olih mereka yang Bersalah
Kerana nila beberapa titik, rosak susu SEKAWAH
Kesannya Rakyat BERPECAH BELAH.
MENGAPA haluan Negaraku mula melelong
Olih unsur2 lakuan salah, menipu dan bohong
Rakyat kelohkesah, masa depan direnong
Budaya Masyarakat, urustadbir sudah terpesong
Bila hanya Wang dan harta sentiasa diidami
Tidak kira halal, haram, walaupun dicuri
Wang Rakyat sekalipun, dianggap hak sendiri
"Wang itu Raja" dijadikan asas, dan niat dihati
Mahkamah berderet dengan kes pelbagai
Tempat Tahanan, dan Penjara mula melambai,
Kerana , terpesong sudah prinsip dan nilai
Maruah diri sudah sanggup dijual, digadai
Tidak tertekan kah, hati nurani?
Tidakkah terasa kesal, dalam diri?
DUNIA mengetahui, mencemuh, memerhati
Malunya kita RAKYAT NEGARA tercinta ini...
DULU Malaysia dihormati, dipandang tinggi
Kejayaan2 Negara kita diketahui..di CONTOHI
Sebuah dari "HARIMAU ASEAN" dunia mengakui
ITULAH Malaysia yang Generasiku mengtahui
Wahai anak cucu, generasi muda...
Tebuslah kembali, nama baik Negara kita
Lakukanlah yang terbaik, Cemerlang yang terdaya
Supaya MALAYSIA di Hormati, dicontohi semula
Apa yang berlaku saperti igauan mimpi ngeri
Ditimpa masaalah dan perbuatan2 tidak direstui
Kesemuanya itu tidak bolih dibiarkan lagi
Bersama2 lah kita tentukan haluan Negara ini
Kepada Tuhan kita sama2 rafakkan mohon Doa
Haluan Negara dapat diperbetul arah tujuannya
Nilai2 dan Prinsip hidup kita nilai semula bersama
Supaya Kompas Negara kita, Betul Haluannya
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.